khabar angin mengenai pelancaran awal mod berbilang pemain Halo Infinite, adalah khabar yang benar."> khabar angin mengenai pelancaran awal mod berbilang pemain Halo Infinite, adalah khabar yang benar." /> khabar angin mengenai pelancaran awal mod berbilang pemain Halo Infinite, adalah khabar yang benar." />

Halo Infinite multiplayer dilancarkan secara rasmi

Ternyata khabar angin mengenai pelancaran awal mod berbilang pemain Halo Infinite, adalah khabar yang benar. 

Hari ini, bersempena sambutan ulangtahun ke-20 Xbox, mod berbilang pemain Halo Infinite diumumkan secara rasmi. 

Pihak Xbox Wire berkata, “Pemain boleh nikmati kandungan Musim 1 ini, termasuk semua peta, mod utama, ciri Academy dan ‘battle pass’. Kesemua kemajuan permainan akan dibawa sehingga pelancaran penuh Halo Infinite nanti.”

Meskipun ianya dilancarkan secara rasmi, pihak pembangun 343 Industries dan Xbox akan menganggap pelancaran ini sebagai ujian beta untuk mereka menguji sistem permainan sebelum Halo Infinite dilancarkan pada 8 Disember ini. 

Mod berbilang pemain Halo Infinite ini kini tersedia untuk Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam dan Xbox PC. 

Sumber: ComicBook

RELATED NEWS

+