Ura-ura menyatakan mod berbilang pemain Halo Infinite akan dilancar lebih awal

Halo Infinite dijadualkan akan dilancarkan pada Disember ini. Namun, terdapat ura-ura yang menyatakan permainan itu akan dilancarkan lebih awal bagi meraikan ulangtahun francais itu yang ke-20.

Meskipun tiada pengesahan daripada pihak pembangun, mereka juga baru-baru ini melancarkan sebuah teaser terbaharu Halo Infinite.

Walaubagaimanapun, hal ini masih lagi diperingkat khabar angin.

Halo Infinite dijadualkan akan dilancarkan pada 8 Disember ini. Namun, berikutan ulangtahun francais bersama Xbox, ada peminat dan komuniti yang percaya Microsoft akan melancarkan mod berbilang pemain lebih awal iaitu pada 15 November ini. 

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+