Hogwarts Legacy akan hadir hujung tahun ini

Hogwarts Legacy adalah permainan video dunia terbuka RPG di mana anda akan menjadi seorang pelajar tahun kelima di Hogwarts.

Sony Interactive Entertainment semalam menunjukkan permainan Hogwarts Legacy selama 15 minit di State of Play.

Hogwarts Legacy dikatakan bermula 100 tahun sebelum Harry Potter menjadi pelajar di Hogwarts dalam tahun 1800.

Anda juga boleh membuat karakter sendiri dan akan dimasukkan ke salah satu empat rumah Hogwarts.

Tidak dilupakan juga anda perlu menghadiri kuliah dan berjalan-jalan di serata kampus untuk berinteraksi.

Hogwarts Legacy Release Still On Track For 2022, Says Warner Bros Brazil -  PlayStation Universe

Sudah semestinya anda juga akan berlajar untuk berlawan dengan menggunakan magis, posyen dan pelbagai lagi kelebihan seorang Wizard.

Hogwarts Legacy release window set for Holiday 2022 | GamesRadar+

Anda juga akan berjumpa dengan pelbagai jenis raksasa dari dunia Harry Potter.

Hogwarts Legacy Breaks Year Of Silence To Tell Us They Have Nothing To Say  Yet - Game News 24

Belajar dari Profesor di Hogwarts dan sudah semestinya berjalan-jalan mencari misteri yang ada di Hogwarts. Sangat seronok!

Anda juga boleh perlu belajar untuk menggunakan pelbagai jenis spell terutamanya untuk berlawan dengan pelbagai jenis musuh dari goblin sehinggalah magician lain yang berbahaya.

Walaupun permainan video ini nampak seperti apa yang berlaku sebelum Dumbledore berada di Hogwarts, tetapi J.K. Rowling dikatakan tidak termasuk langsung dalam pembikinan Hogwarts Legacy.

Jadi tidak tahulah samada penceritaan Hogwarts Legacy adalah prekuel Harry Potter yang sah atau tidak.

Nantikan Hogwarts Legacy hujung tahun ini di PlayStation 4, PlayStation 5, Windows PC, Xbox One, dan Xbox Series X.

RELATED NEWS

+