HP OMEN 15 tiba di Malaysia dengan pemilihan model RTX 2070 Super dan 10th Gen Intel Core i7

HP baru-baru ini memperkenalkan beberapa produk komputer baharu di pasaran Malaysia termasuk komputer riba gaming HP OMEN 15 dan HP Pavilion Gaming 15. Mereka juga melancarkan sebuah monitor, kerusi gaming, tetikus, dan headset.

Model paling berkuasa komputer riba HP OMEN 15 datang bersama kad grafik Nvidia GeForce RTX 2070 Super Max-Q dan cip pemprosesan 10th Gen Intel Core i7. Ia mempunyai paparan HD penuh dengan kadar segar semula 300Hz dan Nvidia G-Sync. Harga HP Omen 15 di Malaysia bermula daripada RM4,439.

Untuk anda yang mahu bermain permainan video tetapi tidak memerlukan spesifikasi berkuasa tinggi, HP Pavilion Gaming 15 ialah pilihan yang lebih sesuai. Harganya bermula daripada RM3,989. Ia dipasang dengan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1660 Ti dan cip pemprosesan 10th Gen Intel Core i7. Paparannya beresolusi HD penuh dengan kadar segar semula 144Hz.

Monitor gaming baharu daripada HP ialah OMEN 27i Gaming Monitor. Ia beresolusi QHD atau 1440p dan mempunyai kadar segar semula 165Hz. Bagi anda yang mempunyai komputer dengan kad grafik Nvidia, ini adalah monitor yang sesuai kerana ia juga hadir bersama Nvidia G-Sync. Monitor ini dijual pada harga RM1,799.

Untuk anda yang sedang mencari kerusi gaming pula, HP akan mengeluarkan OMEN by HP Citadel Gaming Chair. Kerusi berwarna hitam merah ini mempunyai kusyen lebih tebal, ruang duduk yang besar, dan posisi belakang yang tinggi untuk mengekalkan postur badan yang sihat. Ia akan dijual pada harga RM1,399.

Selain daripada produk-produk di atas, HP juga mengumumkan tetikus gaming OMEN Vector Mouse dan 7.1 OMEN Blast Headset. Tetikus tersebut akan dijual pada harga yang agak berpatutan iaitu RM189 dan headset pula akan dijual pada harga RM319.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk di atas, anda boleh melayari laman web rasmi HP Malaysia. Bbarangan di atas juga boleh dibeli melalui laman Shopee dan Lazada HP.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+