IESF Bali: Perjalanan pasukan Malaysia terhenti di sini

Kejohanan Dunia E-Sukan IESF Bali kategori MLBB menyaksikan pasukan Todak menjadi satu-satunya wakil Malaysia akan meneruskan perjuangan mereka di peringkat lower bracket.

Lawan mereka kali ini adalah juara dunia M3 iaitu Blacklist International yang mewakili pasukan Filipina. Di perlawanan pertama, pasukan Filipina mendahului pasukan Malaysia dari segi rotasi dan kawalan peta.

Mereka berjaya mendapatkan objektif dan memberikan tekanan kepada pasukan Malaysia. Lord yang berulang kali didapatkan oleh pasukan Filipina akhirnya berjaya memecahkan kubu pertahanan pasukan Malaysia.

Pasukan Malaysia sekali lagi menghadapi kesukaran di perlawanan kedua. Mereka sering ditewaskan dengan rotasi yang dilakukan oleh pasukan Filipina.

Malaysia cuba untuk bertahan namun disiplin yang ditunjukkan oleh pasukan Filipina akhirnya membuahkan hasil dan mereka berjaya meratakan pasukan Malaysia seterusnya mendapatkan kemenangan.

Walaupun tewas namun pasukan Todak sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membawa Malaysia memenangi piala antarabangsa mereka yang pertama. Syabas diucapkan.

 

RELATED NEWS

+