Syakz mahu buktikan atlet paralimpik negara mampu bukti kemampuan di pentas MAL MY

Tragedi dua tahun lalu nyata mengubah kehidupan Ahmad Syakirin atau lebih dikenali sebagai Syakz yang menyebabkan dirinya kehilangan kaki kanan dan kehilangan fungsi pada tangan kirinya namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk mengejar impian dalam e-sukan.

Syakz melalui proses pemilihan dan rehabilitasi selama beberapa bulan dan dia pernah memenangi pingat Perak bagi Sukan Para ASEA ke-12 kategori MLBB. Sebagai atlet Orang Kurang Upaya (OKU), dia mahu membuktikan dirinya mampu bersaing dengan yang terbaik di Malaysia melalui pentas MAL MY.

“Pada awalnya, saya tidak percaya bahawa saya boleh bermain menggunakan satu tangan sahaja dan saya kurang keyakinan dengan diri sendiri,” katanya yang kini bersama skuad Axis Eldians.

Semuanya berubah apabila dia berjumpa dengan pemain MLBB dari golongan OKU lain yang boleh main dengan begitu baik.

“Jika orang lain boleh melakukannya, mengapa saya tidak boleh?’ Dengan sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga saya, saya memulakan perjalanan saya untuk belajar cara bermain sebagai pemain MLBB ‘satu tangan’.

“Alhamdulillah, saya dipilih untuk mewakili Malaysia dalam acara MLBB Para ASEAN 2023 dan mencapai tempat kedua secara keseluruhan,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MAL Malaysia (@mal.malaysia)

Syakz menambah, ramai berkata esukan adalah untuk semua, jadi dia ingin mempersembahkannya di atas pentas MAL MY. Harapannya adalah memberikan inspirasi kepada mereka di luar sana untuk mendorong anak muda mengejar impian, sepertimana apa yang dia sudah lakukan sebelum ini.

Musim Liga akan berlangsung dari 18 Mac hingga 9 Mei, sementara Pusingan Playoffs akan berlangsung dari 24 hingga 26 Mei.

Liga ini akan terdiri daripada dua kategori konferens berasingan yang terdiri daripada tujuh pasukan – Challengers Conference – terdiri daripada pasukan dari kombinasi pelbagai kejohanan akar umbi pihak ketiga dan Kelayakan Terbuka yang diadakan pada bulan Februari.

Affiliated Conference  pula menampilkan pasukan pelapis dari pasukan utama Musim 13 MPL Malaysia.

Musim Liga akan membabitkan kesemua 14 pasukan dan akan bermain dalam pertandingan Best-Of-Two (BO2) pusingan round robin, dengan kedudukan Konferens mereka berdasarkan bilangan mata yang diperolehi.

Empat pasukan teratas dari setiap Konferens akan mara ke Pusingan Kelayakan, di mana lapan pasukan akan bersaing untuk hadiah wang sebanyak AS$20,000.

RELATED NEWS

+