Ini kemungkinan petunjuk terbaru mengenai lokasi GTA 6

Walaupun pihak Rockstar masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan GTA 6, tetapi komuniti permainan itu masih mencari atau mengembangkan teori mengenai pelbagai aspek terutamanya lokasi.

Baru-baru ini komuniti menggunakan iklan kerja kosong yang diiklankan oleh Rockstars di laman sesawang rasmi mereka, sebagai petunjuk bagi lokasi GTA 6. 

Komuniti menyatakan GTA 6 kemungkinan akan berlatarkan di lokasi lain, dan kemungkinan di sebuah lokasi di negara lain. 

Melalui iklan itu, studio sedang mencari seorang artis untuk Fotogrametri yang ditugaskan untuk “berbincang bersama Pasukan Seni dan merancang untuk mengimbas lokasi lokal dan antarabangsa”. 

Teori dan spekulasi lokasi bagi GTA 6 masih lagi menjadi topik hangat di dalam komuniti. Sebelum ini, GTA Online berlatarkan satu lokasi di pantai Colombia dan GTA Trilogy Remastered di Vice City dan San Andreas. 

GTA The Trilogy Remastered akan dilancarkan secara rasmi 11 November ini dan akan tersedia untuk platfrom PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Switch dan PC melalui Rockstars Game Launcher. 

Sumber: Dexerto

RELATED NEWS

+