Inilah 8 pasukan yang akan bertanding di Piala Presiden Esports 2021

Piala Presiden Esports 2021 adalah salah satu kejohanan dari pemerintah untuk menghargai barisan pemain profesional di dalam arena kompetitif Mobile Legends Indonesia.

Selain itu, kejohanan ini bertujuan untuk mengembangkan lagi pengaruh e-sukan di dalam negara Indonesia itu sendiri.

8 pasukan yang akan ke peringkat kumpulan sudah diumumkan di dalam sebuah hantaran di Instagram Piala President Esports.

Siapakah di antara mereka yang akan bergelar juara untuk edisi 2021 ini? BTR Alpha, Alter Ego dan Aura Fire mempunyai peluang yang cerah kerana mereka membawa barisan pemain dari MPL ke dalam pertandingan.

Sementara itu, RRQ Sena membawa barisan pemain MDL untuk bertanding kali ini disebabkan RRQ Hoshi akan bertanding di Kejohanan Dunia M3.

Foto: Piala Presiden Esports 2021

RELATED NEWS

+