Inilah konsol PlayStation 1 ‘portable’, ambil masa sebulan untuk disiapkan

Seorang pengguna Twitter digelar @YveltalGriffin berkongsi maklumat mengenai PS Hanami iaitu PlayStation 1 versi mudah alih yang dihasilkannya sendiri.

Menurutnya, PS Hanami ini mengambil masa sebulan untuk disiapkan.

Konsol mudah alih menggunakan motherboard PS1 yang sudah dipotong dan diwayarkan semula tanpa emulasi.

PS Hanami ini bersaiz 181 x 91.5 x 30.5 mm dan boleh bertahan selama dua jam setengah sekali pengecasan.

Image

Daripada menggunakan disc drive, dia menggunakan Xstation untuk bermain permainan video melalui kad SD.

Image

Dia juga masih mahu menjaga kualiti audio dan video dengan menggunakan pembesar suara stereo dan skrin Shinobi Scaler yang menggunakan GBS Control untuk kawalan terbaik 480p VGA.

Image

Anda boleh membaca lanjut mengenai bagaimana Griffin mencipta PlayStation 1 Portable ini di perkongsian forum ini.

RELATED NEWS

+