It Takes Two dari pembangun A Way Out akan dilancarkan tahun depan

Pengarah dan penulis A Way Out, Josef Fares membuat penampilan di 2020 EA Play bagi memperlihatkan judul baru iaitu It Takes Two.

Dalam trailer tersebut, Hazelight Studios menunjukkan sedikit teaser It Takes Two yang juga permainan pengembaraan co-op aksi sama seperti A Way Out. Namun kali ini, Josef menambah “ia akan membuatkan anda begitu teruja,”.

Dua pemain mengawal anak patung yang menggambarkan ibu bapa karakter utama yang sedang dalam proses penceraian. Mereka perlu lepas dari beberapa peringkat seperti bilik tidur dan ditambah imaginasi dari angkasa (atau mungkin ia adalah mimpi vivid).

It Takes Two akan dilancarkan pada tahun depan dengan tarikh pelancaran masih menjadi misteri.

Sumber: Polygon

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+