Kemaskini April 2020 Animal Crossing: New Horizons Menambahkan Pelbagai Kandungan Baharu

Animal Crossing: New Horizons telah menjadi antara permainan video Nintendo Switch yang paling popular pada waktu ini. Pada 23 April 2020, sebuah kemaskini baharu akan dilancarkan dan ia bakal menambahkan pelbagai kandungan dan acara baharu yang menarik.

Antara penambahan tetap yang akan diperkenalkan adalah Leif’s Garden Shop di mana anda boleh dapatkan pelbagai jenis tumbuhan dan biji tumbuhan. Anda juga boleh membeli karya seni dan perabot istimewa di Jolly Redd’s Treasure Trawler. Bangunan muzium juga akan diperkembang.

Dari segi acara-acara waktu terhad pula, berikut adalah senarai acara yang akan diadakan dari April sehingga Jun 2020:

  • Nature Day – 23 April sehingga 4 Mei
    • Terdapat aktiviti waktu terhad yang boleh dilakukan untuk mengumpul Nook Miles.
  • May Day – 1 Mei sehingga 7 Mei
    • Sertai lawatan May Day untuk mengumpul item di kawasan-kawasan tertentu.
  • International Museum Day – 18 Mei sehingga 31 Mei
    • Kumpulkan setem untuk dapatkan ganjaran istimewa.
  • Wedding Season – 1 Jun sehingga 30 Jun
    • Bantu penduduk ambil gambar ulangtahun perkahwinan.

Jika anda seorang pemain Animal Crossing: New Horizons, pastikan anda peka terhadap tarikh setiap acara agar anda dapat memanfaatkan masa anda sepenuhnya.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+