Koei Tecmo umumkan Ninja Gaiden: Master Collection

Setelah lama menghilang dari dunia permainan video, siri Ninja Gaiden bakal kembali pada tahun ini. Koei Tecmo telah mengumumkan koleksi Ninja Gaiden: Master Collection. Ia akan dilancarkan untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Nintendo Switch pada 10 Jun tahun ini.

Koleksi ini mengandungi versi remastered Ninja Gaiden Sigma, Ninja Gaiden Sigma 2, dan Ninja Gaiden 3: Razor’s Edge bersama kandungan tambahan (DLC) seperti mod-mod permainan istimewa dan juga kostum.

Sebuah kolaborasi bersama permainan Nioh 2 juga akan diadakan untuk menyambut pengumuman ini. Para pemilik Nioh 2 kini boleh muat turun skin “Dragon Ninja” untuk menukar penampilan menjadi Ryu Hayabusa, watak utama siri Ninja Gaiden.

Penulis berharap berita ini bermaksud Team Ninja dan Koei Tecmo masih mempunyai perancangan untuk mengeluarkan permainan baharu Ninja Gaiden pada masa depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+