Lebih 1,000 pengunjung di festival Strand Mall Esports Showcase

MAQNA baru-baru ini mengadakan satu festival e-sukan untuk menggabungkan dan membawa semua peminat e-sukan bersama.

   

Acara ini membawa semua peminat e-sukan, pemain profesional, pemain industri dan pasukan-pasukan ternama dari seluruh Malaysia.

Strand Mall Esports Showcase dianjurkan pada 16-18 Februari lepas di Strand Mall, Kota Damansara.

Lebih 1,000 pengunjung menyertai acara ini dan lebih ramai lagi menyertai acara ini di atas talian.

300 pesaing dalam pertandingan ini dapat menonjolkan bakat mereka dalam pelbagai jenis permainan video.

Antara permainan video dipertandingkan adalah MLBB, PUBG dan EAFC24 1v1.

Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dengan pemain dan pasukan kegemaran mereka.

Senarai pemenang :

Mobile Legends Bang Bang
Juara – MIRACLE GAMING
Kedua – MONSTER VICIOUS
Ketiga – TRIENCHER ESPORT
Keempat – KINZ’MAN

PUBG : Battleground Mobile
Juara – MAQNA ESPORTS
Kedua – SEM9 REJECT
Ketiga – PROJECT SSE
Keempat – ANTI CIRCLE ACADEMY

EA Football Club 2024 1v1
Juara – Putera Sufrie Nizam
Kedua – Ahmad Farid bin Ab Aziz
Ketiga – Mohamad Firdaus bin Abdul Latiff
Keempat – Meor Muhammad Hakim bin Meor Ahmad Hisham

“Selepas melihat acara hebat ini berlangsung, saya diingatkan dengan betapa hebatnya impak permainan video untuk membawa ramai orang bersama. Dedikasi dan kemahiran yang ditunjuk juga menjadi lebih baik apabila banyak sokongan dari peminat,” ujar Mr Ryo, Ketua Pemasaran, Penjualan dan Penyewaan Strand Mall.

MAQNA bakal membawakan lebih banyak lagi pertandingan yang akan datang pada masa hadapan nanti.

Foto: MAQNA

RELATED NEWS

+