Life is Strange: Remastered Collection ditangguh sehingga 2022

Deck Nine mengumumkan melalui Twitter mereka bahawa tarikh rasmi bagi pelancaran Life is Strange: Remastered Collection ditangguh dan akan dilancarkan dalam sekitar tahun depan.

Melalui ciapan itu, Deck Nine menerangkan berikutan cabaran yang dihadapi mereka akibat pandemik, mereka memutuskan untuk “mengurangkan sebarang tekanan tambahan” terhadap pasukan dan memutuskan untuk menangguh Life is Strange: Remastered Collection sehingga 2022.

Pada awalnya, Life is Strange: Remastered Collection sepatutnya dilancarkan pada 3 September untuk platform PC, PS4, PS5, Xbox Series X/S, Xbox One dan Stadia dengan port ke Nintendo Switch yang tiba kemudiannya.

Deck Nine masih mengesahkan pemasangan seterusnya di dalam siri, Life is Strange: True Colors, akan dilancarkan pada 10 September di seluruh platform yang diumumkan sebelum ini, dan trailer baru akan ditayangkan esok.

Tambahan pula, kandungan permainan selepas pelancaran yang bertajuk Wavelengths akan dilancarkan pada 30 September sebagai pelancaran standalone dan sebagai sebahagian daripada Life is Strange: True Colors Ultimate Edition.

DLC Life is Strange: Wavelengths, disetkan latar masa setahun sebelum kejadian di dalam Life is Strange: True Colors dan memfokuskan Steph Gingrich, karakter tambahan di dalam permainan asas.

Life is Strange: Remastered Collection adalah sebuah kompilasi daripada Life is Strange original dan prekuel Life is Strange: Before the Storm. 

Permainan ini akan menampilkan penambahbaikan kualiti animasi dengan persembahan facial mo-cap selain penambahbaikan grafik dan visual. 

RELATED NEWS

+