M1: Empat Pengulas Ini Berkongsi Tentang Top Picks, Prestasi Pasukan Negara Di Kejohanan Dunia

Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang, M1 akan bermula hari ini menyaksikan pasukan tuan rumah, Todak akan memulakan perlawanan pembukaan ke atas skuad RRQ dari Indonesia di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Kita juga akan menyaksikan pasukan mana yang layak bergelar juara sulung bagi kejohanan dunia ini yang mempertandingkan hadiah wang tunai keseluruhan RM1 juta. 

Sepanjang pusingan peringkat kumpulan dijalankan sejak Isnin, penulis bertanyakan kepada empat pengulas, Radzi “Ikuto” Rahman, Terence “icybaby12” Yong, Zieqry Idraaqie “Addmaths” Zamari dan Muhammad Muqsith “Sith” Rejab tentang prestasi pasukan Malaysia, pilihan top picks dan lain-lain.

 

Prestasi pasukan Malaysia

Terence: Malaysia ada peluang untuk bersaing hingga ke grand final cumanya mereka harus main mengikut ‘gaya tersendiri’. Kalau Todak boleh paksa pasukan lawan bermain mengikut ‘tempo’ mereka, ia meningkatkan peratusan mereka untuk menang. Kita sudah menyaksikan banyak meta (strategi) dari Asia Tenggara dan Jepun serta Myanmar pula mempunyai meta sendiri di peringkat kumpulan.

Addmaths: Todak fit expectation yang mereka akan pergi ke upper bracket. Untuk Axis, mereka perlu mantapkan lagi kerana kumpulan B sebelum ini macam nampak setara jadi saya rasa Axis ada peluang tapi untuk playoffs, mereka kena cari kelainan. Untuk RRQ susah nak jangka. tapi Todak boleh pergi lebih jauh.

Sith: Kalau Todak menang lawan RRQ, mereka ada peluang untuk mara ke peringkat seterusnya. 

Ikuto: Banyak yang perlu diperbaiki terutamanya dari segi drafting dan corak permainan mereka. Buat masa sekarang ke dua-dua Todak dan Axis Esports kerap melakukan kesilapan di dalam permainan yang mana di atas pentas dunia, satu kesilapan sahaja diperlukan untuk menukar arus permainan.

 

Empat pasukan teratas di M1

Terence: Saya rasa kemungkinan EVOS Legends akan menang tapi kalau top 4, EVOS memang di tangga pertama kerana mereka pasukan konsisten drafting dan faham hero-hero yang perlu dijatuhkan terlebih dulu. Mereka menang kalau nak dikira dari segi kemahiran untuk drafting dan komunikasi antara pasukan sangat lancar.

Todak ada peluang di kedudukan kedua kerana mereka mahir macro gameplay (gaya permainan yang mana pemain mengelak dari teamfight dan fokuskan objektif). Mereka sangat mahir untuk split push dan memilih perlawanan yang boleh dimenangi.

RRQ pula ada peluang di tempat ketiga kerana pengalaman di negara yang paling hebat peringkat arena kompetitif (Indonesia).

Sunsparks mungkin di tempat keempat kerana mereka ada pemain muda berusia 14 tahun yang tidak gentar dengan cabaran.

Addmaths: Mengikut prestasi dari peringkat kumpulan, saya rasa EVOS Legends akan menduduki carta pertama, Burmese kedua dan Todak di tempat ketiga kerana faktor bermain di laman sendiri. 

Jepun pula di tempat keempat kerana mereka mempunyai playstyle dan drafting berlainan.

Sith: EVOS, Burmese Ghouls, VFM (Vietnam) dan Todak sebab saya rasa Jepun memang tak boleh menang kerana meta mereka mungkin sudah boleh dibaca pasukan lawan.

Ikuto: EVOS Legends, Todak,  RRQ dan VEC Fantasy Main

 

Hero mana akan menjadi pilihan?

Terence: Saya rasa Masha, X.Borg, Hylos dan Grock kerana dari segi meta, semua macam balanced tapi semua empat ini adalah tank secara individual dan susah nak bunuh kerana mobility ditawarkan. Grock dan Hylos adalah tank bertaraf S tier, tinggi jumlah nyawa (HP) dan Hylos boleh memanfaatkan spell Revitalize.

X.Borg kerana boleh sustain, mobility tinggi dan pertahanan tambahan Firaga Armor.

Addmaths: Masha, X.Borg, Hylos dan Grock kerana mereka adalah hero yang kerap menjadi pilihan di peringkat kumpulan disebabkan kuasa dan peranan mereka. Grock boleh mengenakan damage tinggi dan sangat bagus dalam utility.

Sith: Masha, Hylos, Grock dan X.Borg. Mereka adalah hero yang akan menjadi pilihan untuk digunakan dan juga di-ban kerana hero-hero ini mempunyai peranan yang penting untuk memenangi perlawanan.

Bagi saya, Akai tidak sesuai kerana ulti susah untuk dapatkan saat yang tepat kerana ia mungkin menjadi atau tak. Khufra pula akan di-ban kerana semua kuasanya sangat tinggi utility.

Ikuto: Grock, Khufra, Harith dan X.Borg. Walaupun begitu saya dapat merasakan peratusan untuk hero-hero ini dikeluarkan dari permainan adalah sangat tinggi.

Saksikan livestream di Youtube rasmi: Mobile Legends Bang Bang.

RELATED NEWS

+