M5: Ini yang terjadi kepada Geek Fam kalau HomeBois menang lawan TheOhioBrothers

Selepas kekalahan HomeBois 1-2 ke atas DeusVult semalam, ramai yang mula tertanya-tanya apakah nasib pasukan Malaysia itu selepas ini di kejohanan dunia MLBB, M5.

Mengikut rekod, HomeBois mempunyai baki satu lagi perlawanan terakhir kumpulan D lawan TheOhioBrothers (TOB) bermula jam enam petang hari ini (Khamis). Jika HomeBois memenangi perlawanan ini 2-0 atau 2-1, ini yang akan terjadi kepada dua pasukan lagi:

Dalam buku peraturan M5, jika tiga (3) pasukan seri dari segi kor kemenangan mereka, rekod head-to-head untuk semua pasukan terlibat akan diambil kira.

Kemungkinan akan terjadi:

  • Jika HomeBois menang perlawanan ke atas TOB: akan terjadi 3 way tie antara HomeBois, Geek Fam dan DeusVult kerana mereka memiliki mata perlawanan sama pada skor 2-1 dengan skor 1 mata setiap pasukan.
  • Berdasarkan mata di peringkat kumpulan, HomeBois mempunyai mata perbezaan paling tinggi dan mata kemenangan tertinggi dalam kumpulan. Mereka akan ke pusingan knockout sebagai johan kumpulan D.
  • Disebabkan mata perbezaan Geek Fam dan DeusVult adalah sama dan ranking tidak dapat ditentukan, akan terjadi perlawanan BO1 tiebreaker antara kedua pasukan yang seri ini.
  • Pilihan ‘side’ akan ditentukan melalui coin flip dan perlawanan dikira sebagai perlawanan rasmi. Ini bermakna Nnael dari Geek Fam tidak boleh menyertai perlawanan tiebreaker ini tapi penggantungan dua perlawanan akan ditolak sebanyak -1.

HomeBois akan berentap lawan TOB pada jam 6 petang hari ini (Khamis).

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+