Main game tanpa had di Blacknut dengan Celcom MAX™

Salah satu kelebihan game adalah kemudahan diakses di mana sahaja kita berada tanpa mengira masa. Sebab itulah ia menjadi pilihan untuk anak muda masa kini meluangkan masa di peranti pintar.

Kebanyakan permainan mudah alih kini makin canggih, berkualiti tinggi dan menggunakan saiz storan yang besar di dalam peranti. Bagi peranti yang mempunyai spesifikasi rendah, pastinya ia akan menimbulkan sedikit masalah.

Maka dengan itu wujudlah teknologi cloud gaming bagi membantu anda untuk bermain game secara ‘on the go’ tanpa perlu memikirkan masalah storan yang terhad atau sambungan Internet yang perlahan untuk muat turun.

Blacknut dan Celcom baru-baru ini memperkenalkan servis cloud gaming pertama di Malaysia. Bagi Blacknut sendiri mereka sudah meluaskan servis ini di lebih 40 buah  negara meliputi Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Bagi pengguna Celcom MAX ™, anda boleh memilih untuk menambah Blacknut Cloud Gaming ke langganan sedia ada. Dengan hanya RM40, promo ‘add-on’ ini turut memberikan langganan percuma sebulan untuk servis Blacknut boleh didapatkan dalam masa terhad. Layari laman web mereka untuk info lanjut mengenai tawaran ini.

Celcom MAX™ adalah pelan yang menggabungkan Celcom Home Fibre™ dan Celcom MEGA™ dalam satu bil untuk kediaman dan peranti pintar anda.

Apa itu Cloud Gaming?

Blacknut Cloud Gaming memberikan kelebihan kepada pengguna untuk main game tanpa perlu muat turun permainan atau membeli peranti pintar spesifikasi tinggi. Ia boleh diakses pada bila-bila masa tanpa mengira jenis peranti digunakan.

Sebagai contoh, anda ingin bermain permainan mudah alih berkualiti tinggi yang menerima port ke mobile dan sesuai dimainkan dalam sambungan 5G. Kebiasaannya permainan AAA ini memerlukan grafik tinggi dan spesifikasi yang bagus. Dengan cloud gaming, ia tidak lagi menjadi masalah.

Apa lagi kelebihan bermain di Blacknut? Semua simpanan fail adalah mengikut game yang dimainkan dan disimpan secara automatic. Akses pada bila-bila masa menggunakan profil anda.

Bagi gamer yang sudah berkeluarga, anda boleh cipta lima akaun berasingan dan profil ini boleh dikunci dengan pin untuk menghalang kanak-kanak main permainan yang tidak sesuai dengan usia mereka.

Risau dengan storan yang terhad di peranti pintar? Cloud Gaming membolehkan anda menikmati permainan mudah alih yang berkualiti tinggi tanpa perlu risaukan jumlah storan dalam peranti anda yang terhad.

Contoh-contoh permainan

 Terdapat lebih 400 permainan mudah alih dalam servis Blacknut Cloud Gaming ini. Sebagai contoh, Sniper Ghost Warrior 3, Anima: Gate of Memories dan Furi tersedia untuk anda yang sukakan permainan aksi pengembaraan.

Banyak lagi permainan yang anda boleh terokai bersama kawan-kawan dan keluarga, di mana sahaja. Yang menariknya, anda juga boleh pilih untuk bermain di Smart TV, menggunakan alat kawalan kerana Blacknut menyokong pelbagai jenis penggunaan peranti dan servis termasuk Chromecast dan Amazon.

Ikuti 5 langkah mudah dibawah untuk mendaftar/melanggan:

Langkah pertama – Muat turun aplikasi Blacknut di Android atau iOS.

Langkah kedua – Pilih log-masuk dan terus langgan dalam aplikasi Blacknut.

Langkah ketiga – Pilih Celcom Billing.

Langkah keempat – Terima SMS apabila langganan berjaya.

Langkah kelima – Mula bermain di peranti pilihan anda.

Roar! Tahun Baru Cina dah dekat geng, jadi tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk kumpul angpau banyak-banyak dan langgan servis ini bagi menikmati game tanpa masalah lagi!

Nikmati langganan percuma selama sebulan apabila anda mendaftar (perlu cepat sebab promosi ini hanya dalam masa terhad).

Anda boleh layari laman web Blacknut untuk lihat katalog game ataupun layari laman web mereka untuk info lanjut mengenai tawaran ini.

RELATED NEWS

+