Yakuza Kiwami Akan Dilancarkan Di Steam Pada 19 Februari

Yakuza Kiwami adalah permainan video yang meneroka kehidupan seorang Yakuza di Jepun dan ia sudah pun dilancarkan hampir di kesemua platform kecual di PC.

Sejak pelancaran akhir di PS4 dua tahun lalu, akhirnya permainan keluaran Sega ini akan mendapat tempat di hati #PCMasterRace apabila ia diumumkan untuk Steam pada 19 Februari ini. Ini maknanya korang tak perlu tunggu lama untuk alami pengalaman hidup di jalanan dan bertumbuk dengan kongsi gelap.

Dengan gameplay ditambah baik serta kisah sinematik yang dipanjangka, Yakuza Kiwami membawakan elemen perlawanan dari Yakuza 0, lebih banyak port lepak malam-malam dan audio yang direkodkan kembali. Ia juga dianggap versi paling ekstrim dan dioptimumkan untuk PC dengan resolusi 4K, frame rate yang tiada had tertentu, kawalan boleh diubah dan sokongan ultra-widescreen.

Harganya belum diumumkan tapi melihat kepada versi konsol, ia mungkin akan dijual sekitar RM90-RM100.

Kalau korang seorang peminat yang hardcore, bolehlah usha game ni di Steam apabila ia dilancarkan nanti.

RELATED NEWS

+