Main Sebagai Keanu Reeves Dalam Metal Gear Solid V

Komuniti modding memang kreatif. Ada saja mod baru yang diorang nak cuba perkenalkan kepada semua.

Terbaru, selain Fortnite dan Cyberpunk 2077, Keanu Reeves juga boleh dimainkan dalam Metal Gear Solid V: The Phantom Pain.

Modder “JinMarr” di Nexus Mods membawakan Keanu Reeves dalam permainan tersebut (ada dua versi). Pertamanya, John Wick dengan tuxedo dan satu lagi sebagai Johnny Silverhand, penyanyi bagi kumpulan rock Samurai dari Cyberpunk 2077.

Mod itu dah boleh dimuat turun sekarang kalau korang nak tengok John Wick atau Johnny Silverhand berada dalam Metal Gear Solid V. Link ini dilengkapi sekali dengan cara-cara nak install.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+