Malaysia Esports Championship diumumkan, hadiah terkumpul RM100,000

Esports Integrated (ESI) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan Malaysia Esports Championship (MEC). Kejohanan ini menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM100,000.

Berikut adalah empat permainan yang akan dipertandingkan di MEC:

  • FIFA 21
  • DOTA 2
  • PUBG Mobile
  • Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)

Nampaknya kejohanan ini merupakan sebahagian daripada perancangan KBS untuk mewujudkan pangkalan data dan leaderboard kebangsaan. Ini akan memudahkan proses memilih atlit wakil negara untuk acara-acara seperti Sukan SEA dan Sukan Olimpik.

Pada waktu ini, ESI masih belum mendedahkan tarikh permulaan untuk kejohanan ini. Borang penyertaan juga belum dikongsi. Pastikan anda mengikuti laman Facebook ESI untuk mendapatkan berita terkini tentang MEC.

RELATED NEWS

+