Marvel’s Avengers: Misi Utama Hanya Boleh Dimainkan Secara Solo, Co-op Untuk Misi Sampingan Sahaja

Baru-baru ini, Marvel’s Avengers telah ditonjolkan semasa persidangan Square Enix di E3 2019 dan pengunjung-pengunjung bertuah di E3 2019 berpeluang untuk mencuba demo game ini secara tertutup.

Marvel’s Avengers diumumkan sebagai sebuah game aksi single-player dengan penceritaan lain daripada yang lain dengan filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU) dan boleh dimainkan secara co-op seramai 4 orang tetapi Crystal Dynamics tidak menjelaskan bagaimana gameplay co-op berfungsi kepada orang ramai.

Menurut IGN (melalui VG24/7), misi utama yang menerangkan naratif game ini direka untuk satu pemain sahaja. Ia adalah kerana game ini memfokuskan kepada satu Avengers dan bertukar-tukar ke Avenger lain dari semasa ke semasa. Misi-misi ini juga mengikut cara penceritaan yang sama seperti Uncharted atau Tomb Raider.

Fungsi co-op atau secara berpasukan akan hanya tersedia untuk misi sampingan dan korang haruslah online sepanjang masa bermain. Untuk misi sampingan, korang boleh cuba main mana-mana Avenger yang korang mahukan. Namun, korang boleh bermain misi utama dan misi sampingan secara offline juga.

Marvel’s Avengers bakal menerima DLC (kandungan adiwira dan kawasan) tanpa sebarang bayaran dan pemain PS4 boleh cuba beta game ini lebih awal daripada platform lain.

Marvel’s Avengers bakal dilancarkan pada 15 Mei 2020 di PC, PS4, Xbox One dan Google Stadia

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

RELATED NEWS

+