Marvel’s Avengers adalah permainan baru diumumkan Square Enix di E3 2019. Ia adalah game yang sentiasa dinanti-nanti selama ini.
Pengguna PS4 yang membuat pra-tempah pula akan mendapat main game ini lebih awal menerusi fasa beta tapi tarikhnya belum diumumkan bila.
Play the Beta first on PS4. Pre-Order for Beta Access at https://t.co/W2mQO8HCOH #EmbraceYourPowers #Reassemble #PlayAvengers
— Marvel’s Avengers (@PlayAvengers) June 11, 2019
Walaupun masih belum pasti adakah ia game aksi sepenuhnya, korang boleh bermain sehingga empat orang dalam satu kumpulan dan ubah roster hero yang akan berkembang (ditambah dari masa ke semasa).
Setiap adiwira dan kawasan baru juga akan disertakan dalam DLC tidak berbayar, percuma! dan paling penting, tanpa loot boxes.
Ia akan dilancarkan di PS4, Xbox One, Stadia dan PC pada 15 Mei 2020.