Malaysia Esports Championship 2020 (MEC 2020) telah menerima 7,424 pendaftaran, menurut penganjurnya Esports Integrated (ESI). Kejohanan kebangsaan ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS)."> Malaysia Esports Championship 2020 (MEC 2020) telah menerima 7,424 pendaftaran, menurut penganjurnya Esports Integrated (ESI). Kejohanan kebangsaan ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS)." /> Malaysia Esports Championship 2020 (MEC 2020) telah menerima 7,424 pendaftaran, menurut penganjurnya Esports Integrated (ESI). Kejohanan kebangsaan ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS)." />

MEC 2020: lebih daripada 7,000 pendaftaran diterima

Kejohanan dalam talian Malaysia Esports Championship 2020 (MEC 2020) telah menerima 7,424 pendaftaran, menurut penganjurnya Esports Integrated (ESI). Kejohanan kebangsaan ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

MEC 2020 telah bermula pada 26 Disember tahun lepas dan akan berakhir pada 31 Januari ini. Pada waktu ini, pendaftaran untuk kategori Mobile Legends: Bang Bang masih dibuka. Anda boleh mendaftarkan pasukan anda dan mendapatkan maklumat terkini tentang MEC 2020 di esukan.gg.

Selain daripada MLBB, tiga permainan lain yang dipertandingkan ialah DOTA 2, PUBG Mobile, dan FIFA 21. Pusingan akhir untuk FIFA 21 akan diadakan pada 29 Januari ini dan pusingan akhir untuk PUBG Mobile dan MLBB akan diadakan pada 30 hingga 31 Januari.

Anda juga boleh mendapatkan perkembangan terkini tentang MEC 2020 melalui laman Facebook ESI.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+