“Memang salah saya tidak memukul ‘turret’,” – R7

Menerusi sebuah penstriman langsung di akaun Youtube R7, pemain EXP Laner RRQ Hoshi itu mengakui kesalahannya selepas para netizen meminta dia untuk memberikan penjelasan mengenai isu dia tidak memukul ‘turret’.

“Mengenai isu memukul ‘turret’ itu, memang benar kata-kata orang, ia salah saya. Semoga untuk musim kedepannya, saya lebih fokus untuk bermain secara objektif,” katanya.

Pada perlawanan pertama di pusingan Grand Final,  RRQ Hoshi sedang mendahului dan berjaya menyerang base RSG PH.

Pada saat itu R7 mempunyai kesempatan untuk menghabiskan perlawanan itu dengan menyerang ‘turret’ RSG PH tetapi dia lebih memilih unutk menyerang hero pihak lawan.

Pada perlawanan seterusnya, R7 dan rakan sepasukannya tetap memberikan saingan yang sengit tetapi masih belum mampu untuk menewaskan RSG PH.

Foto: Instagram R7

RELATED NEWS

+