MLBB akan tambah rank baharu antara Mythic dan Mythical Glory

Artikel ini ditulis oleh Haikal Johari.

Moonton baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka dalam proses untuk merombak sistem rank Mobile Legends Bang Bang (MLBB).

Dalam satu kenyataan yang ditulis oleh Pereka Permainan MLBB, Skyhook menyatakan Moonton mahu menambah sebuah rank antara Mythic dan Mythical Glory.

Tambahnya, Moonton mahu menambah pingat pencapaian Mythical Glory untuk pemain yang berjaya memasuki rank itu serta mengoptimumkan ganjaran Season Journey.

Moonton dalam proses untuk mereka sebuah skin eksklusif bagi pemain yang berjaya mendaki ke Mythic. Skin ini akan direka bersama oleh pemain dan akan diundi oleh semua pemain MLBB.

Akhir sekali, Moonton ingin merombak sistem skor di rank Mythic serta menaik taraf pengalaman matchmaking semasa Rank dan Placement Matches.

Semua ini masih dalam proses perancangan dan Moonton masih tiada tarikh pelancaran untuk rombakan ini.

RELATED NEWS

+