MLBB: BTR mengucapkan selamat tinggal kepada Dreams

Pasukan Bigetron Alpha adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena e-sukan Mobile Legends: Bang Bang.

Mereka berjaya mendapatkan tempat kedua di MPL ID musim ketujuh, tewas di tangan EVOS Legends ketika itu.

Kini mereka akan melakukan rombakan terhadap barisan pemain untuk musim kesembilan.

Sebelum ini, kita melihat mereka mengumumkan Branz sudah meninggalkan pasukan.

Seterusnya, BTR melepaskan Dreams yang bersama mereka membantu meraih tempat ketiga di MPL ID musim keenam.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka.

Adakah pasukan BTR akan membawa masuk barisan pemain baru menggantikan Branz dan Dreams?

Atau adakah mereka akan merombak lagi pemain-pemain yang sedia ada? Kita bakal saksikan.

Sumber dan foto: Bigetron Esports

RELATED NEWS

+