MLBB memperkenalkan kumpulan JPOP mereka – Sparkle

Memperkenalkan kumpulan JPOP Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) baharu Sparkle!

Acara ini akan bermula pada 16 Mac dan pemain boleh mendapatkan token ALLSTAR dengan menyiapkan objektif untuk mendapatkan hadiah di ALLSTAR shop.

Item yang anda boleh tebus adalah Graffiti ALLSTAR, bingkai Avatar ALLSTAR, hadiah ALLSTAR (gifts), hero, dan lain-lain.

Musik sensasi ini juga akan memperkenalkan skin baharu Esmeralda iaitu “Astral Muse”.

Dalam ahli kugiran JPOP ini Estes akan bermain papan nada, Fredrinn sebagai pemain drum, Melissa sebagai vokalis dan pemain gitar.

Skin Estes akan hadir ke shop pada 21 Mac dan Skin Frederinn pula pada 28 Mac ini.

Kedua-dua skin ini akan dijual dengan harga potongan 30% untuk tiga minggu pertama.

Skin Melissa pula akan hadir dalam dua versi iaitu Classic Album atau Collector’s Album dan termasuk battlefield emote Melissa.

Sparkle juga akan mempersembahkan lagu tema mereka dalam peta MLBB.

Nantikan acara ALLSTAR dengan peta bertema yang digelar Euphora.

Mod arcade juga akan akan memperkenalkan Musical Battle dimana pemain perlu mengumpul not musik sebanyak mungkin dalam masa terhad.

Skin baharu Zenith Vexana juga akan diperkenalkan dan boleh dibeli pada 25-30 Mac ini.

Sparkle akan membuat penampilan pertama mereka pada 30 Mac ini.

RELATED NEWS

+