MPL: Geek Fam layak ke Grand Final, 2-0 ke atas Resurgence

Pasukan Mobile Legends Malaysia, Geek Fam akhirnya berjaya menempah slot ke Grand Final Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) musim kelima selepas menewaskan Resurgence 2-0 sebentar tadi.

Misi mereka seterusnya adalah menjulang piala MPL buat kali kedua esok.

Playoffs bagi MPL MY/SG Musim Kelima bermula semalam hingga Ahad yang mana lapan pasukan akan berentap untuk merebut hadiah wang terkumpul RM221,500.

Hanya dua pasukan Singapura layak ke playoffs iatu Resurgence dan EVOS SG manakala NV dan Siren Clan gagal mara.

Sebelum ini, 10 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura bertanding dalam musim liga selama lima minggu bagi merebut ranking teratas.

Ini juga adalah kali pertama playoffs diadakan secara dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

 

 

RELATED NEWS

+