UiTM Penyu tempat ketiga MSL Championship musim kedua

Pasukan UiTM Penyu berjaya mendapat tempat ketiga menewaskan MSU sekali gus membawa pulang RM5,000 dalam kejohanan Moonton Student Leader (MSL) Championship musim kedua di Sunway Pyramid, Selangor.

Pada game pertama, MSU mengambil risiko menggunakan Fanny dan mempunyai kelebihan yang besar kerana tiada hero mampu untuk mengunci pergerakannya. Namun, MSU tidak berjaya memanfaatkan pick ini dan membiarkan kombinasi Angela + Martis dan Thamuz oleh UiTM Penyu menguasai permainan.

UiTM Penyu juga menggunakan dua spell Purify bagi mengelakkan sebarang pickoff dari Arlot dan Guinevere.

Di game kedua pula, ternyata keputusan MSU membenarkan Mathilda digunakan oleh UiTM Penyu menjadi kunci kekalahan mereka. Ini kerana pemilihan hero yang digunakan untuk lock seperti Akai atau Minotaur tidak begitu berkesan kerana Guiding Wind oleh Mathilda menyelamatkan marksman dan jungler dari tertewas.

Walaupun UiTM Penyu menggunakan strategi yang tidak memfokuskan kepada setup namun mobility yang tinggi berjaya menangkis kesemua usaha dari MSU. 

Ini seterusnya berjaya memberikan mereka kemenangan bersih 2-0. Tahniah diucapkan di tempat ketiga.

Kejohanan Moonton Student Leader (MSL) mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul RM30,000. Ia dianjurkan oleh Moonton Student Leader dan disokong oleh Gamers Gazette MY, Susano.MY, MOONTON Games dan Sunway Pyramid.

Juara kejohanan ini bakal mendapatkan slot untuk ke Liga Akademi MLBB Malaysia (MAL) musim pertama selain menerima insentif dari MSL sendiri.

RELATED NEWS

+