PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

MPL Indonesia: Geek Fam tewas di tangan Onic Esports 1-2

PERLAWANAN PERTAMA

Kesilapan yang dilakukan oleh pasukan Geek Fam pada minit ke 7 menyebabkan mereka kehilangan advantage yang mereka perolehi di saat awal permainan. Zunz dan juga Adam cuba untuk merempuh masuk ke turret atas untuk membunuh Cw ternyata gagal.

Kiboy yang menggunakan Silvanna bijak menggunakan ultimate untuk menyekat kemaraan Babywww. Seterusnya, Geek Fam kehilangan 3 orang ahli dengan serta merta. Onic Esports mengambil peluang itu untuk mengawal permainan.

4 orang ahli pasukan Geek Fam cuba untuk menghentikan Sanz sebagai Harith tidak berhasil apabila mereka semua dibunuh. Lord telah diambil dan Onic berjaya menghancurkan kesemua turret milik pasukan Geek Fam dari hasil push bersama Lord. 

Geek Fam yang cuba bertahan dengan jurang gold 10 ribu akhirnya kecundang dan kemenangan milik pasukan Onic Esports untuk perlawanan yang pertama.

PERLAWANAN KETIGA

Geek Fam mendapat kelebihan apabila pertempuran di Lord yang pertama memihak kepada mereka. Hasil daripada pushing bersama Lord memberikan mereka kelebihan gold sebanyak 6 ribu.

Namun pada saat Lord kedua muncul, Drian yang menggunakan Kagura hampir berjaya membunuh Frzz yang sedang menggunakan ultimate sebagai Pharsa. Melihat keadaan itu, Onic Esports terus maju untuk menggangu Geek Fam yang cuba mengambil Lord.

Cw menggunakan Crossbow of Tang berjaya memberikan kelebihan kepada pasukannya dengan berjaya membunuh 4 orang ahli Geek Fam. Drian berjaya membuat wipeout dengan menggunakan flameshot ke arah Babywww yang cuba menunggu untuk mendapatkan last hit Lord.

Ternyata Wan-Wan sangat menyerlah apabila beliau berjaya menumbangkan 4 orang ahli Geek Fam sekali lagi di pertempuran Lord yang ketiga. Zunz yang menggunakan Silvanna cuba untuk mempertahankan base namun tidak berhasil dan kemenangan menjadi milik Onic Esports.

RELATED NEWS

+