MPL: Resurgence Dan EVOS SG Masing-Masing Pamer Prestasi Cemerlang

Dua pasukan Singapura, Resurgence dan EVOS SG hari ini menunjukkan taring mereka ke atas pasukan Malaysia dengan kemenangan bersih 2-0 ke atas lawan masing-masing.

Hari ini EVOS SG berjaya skor 2-0 ke atas Axis Esports manakala RSG pula 2-0 ke atas Team SMG sebentar tadi.

Buat masa ini, Resurgence sudah melompat beberapa anak tangga, mengambil tempat kedua dengan sembilan mata perbezaan perlawanan. Mereka hanya di belakang Geek Fam dengan satu kekurangan perlawanan.

EVOS SG pula turun anak tangga (sebelum ini tempat kedua). Tiga pasukan ini dilihat paling konsisten sepanjang musim liga.

MPL MY/SG musim kelima mengumpulkan enam pasukan negara dan empat pasukan Kota Singa berentap dalam baki musim liga yang bermula pada 10 April hingga Ahad dan pada minggu depan dari Khamis hingga Ahad.

Pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Ini adalah jadual terkini minggu keempat dan minggu terakhir musim liga.

Jadual perlawanan pada minggu keempat.

Jadual perlawanan minggu kelima.

Anda boleh menonton penstriman langsung di Youtube ataupun Facebook Mobile Legends Malaysia.

RELATED NEWS

+