MPL: Team Bosskurr ke kumpulan bawah, Resurgence ke semi final

Pasukan Malaysia, Team Bosskurr nampaknya kurang menyengat pada perlawanan peringkat kumpulan atas Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima apabila tewas 1-2 ke atas Resurgence yang nyata bermain dengan lebih agresif dan bijak membuat rotasi bagi setiap ahli-ahlinya.

Dalam perlawanan pertama, Resurgence mempunyai kelebihan pada draft apabila mempunyai Natalia, Selena, Grock dan Karrie. Nata dan Selena mempunyai abiliti untuk ‘membuka’ map dengan mudah. Leixia sebagai Claude juga sukar untuk menyinar kerana sering diganggu Natalia dan terpaksa membazirkan Blazing Duet.

Pada perlawanan kedua, sekali lagi perkara sama berulang apabila RSG bermain dengan lebih taktikal dan memfokuskan pada objektif.

Tapi ia nyata hanya pada minit awal kerana secara perlahan Bosskurr mencipta momentum dengan Zaraki bermain sebagai Natalia. Sebagai pemain MVP dalam perlawanan berlangsung selama 35 minit itu, Zaraki kerap cutlane dan berjaya menangkap Ly4 berulangkali. 

Yang paling epik ketika minit 30 ke atas apabila Leixia berjaya melengkahkan Lord manakala Zaraki berjaya split push pada di mid lane sekali gus menamatkan perlawanan kedua ini.

Bagaimanapun pada perlawanan ketiga, mereka gagal untuk mara untuk meneruskan rentak seperti perlawanan kedua sekali gus turun ke kumpulan bawah.

Playoffs bagi MPL MY/SG Musim Kelima bermula hari ini hingga Ahad yang mana lapan pasukan akan berentap untuk merebut hadiah wang terkumpul RM221,500.

Hanya dua pasukan Singapura layak ke playoffs iatu Resurgence dan EVOS SG manakala NV dan Siren Clan gagal mara.

Sebelum ini, 10 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura bertanding dalam musim liga selama lima minggu bagi merebut ranking teratas.

Ini juga adalah kali pertama playoffs diadakan secara dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

RELATED NEWS

+