MSC 2022 akan diadakan di Malaysia?

Piala Asia Tenggara Mobile Legends: Bang Bang, juga dikenali sebagai MSC adalah kejohanan MLBB untuk rantau Asia Tenggara.

Kejohanan ini akan menampilkan pasukan terbaik di seluruh Asia Tenggara.

Dalam sebuah hantaran Facebook MPL Malaysia, mereka memberikan petunjuk yang jelas bahawa kejohanan MSC pada kali ini bakal dianjurkan di Malaysia.

Para peminat MLBB sudah dapat menjangkakan bahawa MSC kali ini akan dilakukan di Malaysia kerana terdapat Menara Berkembar Petronas dalam hantaran ini.

Sejarah kejohanan MSC

Kejohanan MSC pertama dan kedua dijalankan pada tahun 2017 dan 2018  yang bertempat di Jakarta, Indonesia.

Pasukan IDONOTSLEEP (IDNS) turut menjadi juara pada tahun 2017, manakala pasukan Aether Main dari Filipina menjadi juara pada tahun 2018.

Pada tahun 2019 MSC diadakan di Manila, Filipina menyaksikan pasukan ONIC Indonesia merangkul kejuaraan.

Pada 11 Mei 2020, Moonton mengumumkan bahawa MSC 2020 secara rasmi dibatalkan kerana situasi pandemik COVID-19.

Disebabkan oleh pandemik COVID-19, MSC 2021 diadakan secara maya melalui strim langsung atas talian.

Pasukan Execration menjadi juara dengan menewaskan pasukan Blacklist International.

Kini, MSC 2022 sudah kembali.

Jika benar MSC kali ini akan dilakukan di Malaysia, maka ini adalah berita baik buat peminat MLBB di Malaysia.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari MPL Malaysia.

RELATED NEWS

+