Todak berjaya mulakan langkah kanan ke atas Barracuda

Hari kedua Liga Profesional Mobile Legends (MPL MY) Musim ke-13 menyaksikan perlawanan pembukaan antara Todak dan juga Barracuda.

Roger dan Barats sekali lagi terus menjadi meta hari ini apabila dibawa masuk oleh Todak. Barracuda juga mempertaruhkan counter seperti Phoveus. Ditambah lagi dengan Vexana, Grock dan Fredrinn, Barracuda mempunyai keinginan tinggi untuk sentiasa memenangi teamfight.

Fasa awal permainan mereka cemerlang apabila sering mendapatkan Turtle dan mendominasi perlawanan. Namun, perlawanan di Luminous Lord pada minit akhir seperti menunjukkan satu kesilapan. 

Biarpun mereka mendapatkan Lord, ZaimSempo cuba untuk memaksa teamfight dan ia berhasil apabila ahli pasukan Todak lain berjaya melenyapkan pemain Barracuda yang nyawa rendah, satu per satu.

Hanya tinggal Grock di base, Todak berjaya push dengan minion yang berbaki dan respawn timer lebih 30 saat menyebabkan mereka tidak berjaya untuk mempertahankan Kristal.

Di game kedua pula, Todak menggunakan lineup setup seperti Tigreal dan Arlott namun kombo ini seperti sukar dilaksanakan dan menghukum Todak berulang kali.

Garyy juga tidak berupaya mendapatkan Turtle sebanyak tiga kali menyebabkan Barracuda mempunyai kelebihan dari segi gold dan EXP.

Di game ketiga pula, pertarungan di kawasan Lord di mana ZaimSempoi berjaya menggunakan ulti yang baik nyata menukar arus perlawanan. Biarpun BRD mendapatkan Lord, Todak berjaya memusnahkan keseluruhan lineup BRD satu per satu sekali gus memberikan mereka peluang untuk comeback.

Pada minit akhir, Todak bagaimanapun berjaya mematahkan lagi kemaraan BRD selepas berjaya menangkap pemain BRD satu per satu sebelum memulakan Lord terakhir pada game ketiga ini.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+