Warner Bros. semalam mengumumkan MultiVersus, satu permainan video percuma dari Warner Bros. Games dan Player First Games.
Permainan video berlawan platform ini boleh dikatakan versi Super Smash Bros tetapi dengan harta intelek dari Warner Bros.
Ditambah dengan pelbagai karakter dari dunia Warner Bros seperti Batman, Superman, Wonder Woman, Shaggy, Bugs Bunny dan pelbagai lagi karakter-karakter ikonik.
MultiVersus memberi fokus kepada format 2 lawan 2 temasuk 1 lawan 1 dan empat pemain free-for-all.
Karakter yang menjadi perhatian setakat ini adalah Shaggy dengan kelebihan Ultra Instinct yang menjad parodi kuasa Goku dalam Dragon Ball.
Rentas platform juga diumumkan dengan server netcode tersendiri.
Tambahan lagi, MultiVersus menjanjikan ramai lagi pelakon suara terkenal termasuk Kevin Conroy (Batman), George Newbern (Superman), Abby Trott (Wonder Woman) dan lain-lain.
Dibina oleh Player First Games, MultiVersus akan dilancarkan pada tahun hadapan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, dan PC.
Pra-pendaftaran untuk fasa ujian juga sudah dibuka.