Dipersembahkan bersama oleh MOONTON Games dan IO Esports, Mobile Legends: Bang Bang Academy League Malaysia (MAL MY) akan berfungsi sebagai peringkat pembangunan bagi ekosistem liga esukan MLBB di Malaysia, dengan menghubungkan pelbagai kejohanan akar umbi dengan arena profesional.  "> Dipersembahkan bersama oleh MOONTON Games dan IO Esports, Mobile Legends: Bang Bang Academy League Malaysia (MAL MY) akan berfungsi sebagai peringkat pembangunan bagi ekosistem liga esukan MLBB di Malaysia, dengan menghubungkan pelbagai kejohanan akar umbi dengan arena profesional.  " /> Dipersembahkan bersama oleh MOONTON Games dan IO Esports, Mobile Legends: Bang Bang Academy League Malaysia (MAL MY) akan berfungsi sebagai peringkat pembangunan bagi ekosistem liga esukan MLBB di Malaysia, dengan menghubungkan pelbagai kejohanan akar umbi dengan arena profesional.  " />

Musim pertama dan kedua MAL MY diumumkan

Dipersembahkan bersama oleh MOONTON Games dan IO Esports, Mobile Legends: Bang Bang Academy League Malaysia (MAL MY) akan berfungsi sebagai peringkat pembangunan bagi ekosistem liga esukan MLBB di Malaysia, dengan menghubungkan pelbagai kejohanan akar umbi dengan arena profesional.  

Musim Pertama MAL MY akan mengikuti format pertandingan MPL Malaysia di mana ianya berlangsung menerusi tiga peringkat – kelayakan terbuka pada bulan Februari, Regular Season pada bulan Mac dan Playoffs pada bulan Mei.

MAL MY akan terdiri daripada dua Konferens berasingan iaitu Challengers Conference yang terdiri daripada lapan pasukan dan Affiliated Conference yang terdiri daripada tujuh pasukan. Regular Season akan menyaksikan kesemua 15 pasukan bermain permainan Best-Of-Two (BO2) format single round-robin, di mana kedudukan Konferens akan ditentukan oleh jumlah mata yang diperolehi.

Empat pasukan teratas dari setiap Konferens akan mara ke Playoffs MAL MY, di mana kesemua lapan pasukan akan bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah AS$20,000.

Selain itu, pasukan teratas di Challengers Conference akan mendapat slot kenaikan automatik ke Regular Season MPL Malaysia musim depan, manakala pasukan kedua Challengers Conference akan bertemu dengan pasukan kesembilan dari MPL Malaysia di permainan Best-Of-Five (BO5).

Pemenang permainan tambahan ini juga akan memperoleh slot ke Regular Season MPL Malaysia musim seterusnya.

MAL MY akan disiarkan secara langsung dengan ulasan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+