Nightingale hadir dengan kemaskini baharu

Permainan survival Nightingale yang dilancarkan secara Akses Awal pada Februari kini menerima kemaskini baharu.

Kali ini, mereka mendengar keluhan peminat yang menginginkan beberapa perubahan. Ini adalah perubahan yang dilakukan:

Perubahan pada kombat: Pemain kini mempunyai beberapa pilihan pertarungan jarak jauh pada awal permainan (membaling pisau, bom tangan dan blunderbuss) serta naik taraf bagi senjata satu tangan (one-handed) dengan gerakan pertahanan seperti menangkis (parry) untuk pisau dan gerakan boomerang untuk sabit dan juga beberapa tetakan dari tukul.

Dua jenis Bound yang baru: Pemain boleh berdepan Bound Aegis yang menggunakan dua perisai besar untuk pertahanan dan Bound Breaker yang membawa meriam, menembak beberapa bahan letupan.

Naik taraf untuk Kraf: Bagi crafting, pemain boleh kraf secara terus dari storan dan mengaturkan resepi kraf.

NPC dan tugasan baharu: Beberapa cabaran dan penceritaan baharu ditambah serata Realms.

Bagi penambahbaikan lain, anda boleh menonton video di bawah:

RELATED NEWS

+