Nvidia melancarkan GPU RTX A2000, GPU mesra PC bersaiz kompak

Meskipun krisis kekurangan komponen komputer, Nvidia hari ini melancarkan satu GPU yang mesra PC bersaiz kompak, RTX A2000.

Ia adalah kad grafik berasaskan Ampere terkecil setakat ini dan ia direka untuk dimuatkan pada PC workstation profesional bersaiz kompak. Seperti Nvidia Quadro, RTXA2000 direka untuk profesional yang ingin memanfaatkan teknologi ray-tracing dan AI daripada Nvidia.

RTX A2000 akan membawa prestasi GPU 8 teraflop, ditambah dengan teras 3328 CUDA, memori 6GB GDDR6 dengan ECC dan memori 6001 Mhz. Jika spesifikasi di atas kertas, ia dilihat setanding dengan Nvidia RTX3050, selain ia sebuah kad grafik jimat kuasa, iaitu hanya menggunakan kuasa 70 watt.

Ia juga menyokong satu port sambungan DisplayPort 1.4 yang mampu untuk kegunaan beberapa monitor, selain menyokong teknologi VR. 

Nvidia RTXA2000 akan tersedia di semua workstation oleh pelbagai pengilang seperti ASUS, BOXX Technologies, Dell Technologies, HP dan Lenovo serta pengedar bersama Nvidia bermula Oktober ini. 

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai kad grafik ini, anda boleh layari SINI

Sumber: The Verge, Nvidia

RELATED NEWS

+