One Punch Man: A Hero Nobody Knows Diumumkan Oleh Bandai Namco

Saitama kini menumbuk masuk ke dalam dunia video game!

Bandai Namco Entertainment mengumumkan sebuah game pertama untuk siri anime, One Punch Man berjudul One Punch Man: A Hero Nobody Knows. Game ini dibangunkan oleh Spike Chunsoft iaitu pembangun untuk Jump Force. Saksikan trailer pengumuman padu di bawah:

One Punch Man: A Hero Nobody Knows adalah game aksi fighting secara 3 lawan 3 yang menampilkan barisan karakter anime terkenal ini seperti Genos, Saitama, Hellish Blizzard, Speed-o’-Sound Sonic dan Mumen Rider.

Walaubagaimanapun, Bandai Namco tidak menjelaskan bagaimana game ini berfungsi dengan tumbukan maut Saitama berbanding dengan karakter lain. Mesti OP.

Setakat ini, tiada tarikh rasmi untuk One Punch Man: A Hero Nobody Knows yang bakal dilancarkan di PC (digital), PS4 dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: Aksiz

RELATED NEWS

+