Orange Esports masih mendominasi, kemenangan bersih 2-0

Pasukan Orange Esports masih menjadi juara di dalam kumpulan A. Mereka berada di atas pasukan SMG dengan 19 mata setakat ini.

Manakala, pasukan Red Esports perlu bersaing dengan Team Bosskurr bagi melayakkan diri mereka ke peringkat playoff. Mereka harus memenangi perlawanan kali ini untuk menyelamatkan keadaan mereka.

Namun begitu, pasukan Orange Esports lebih mendominasi di dalam perlawanan pertama dengan memilih Aulus sebagai junglerBurst damage yang dimiliki hero baru itu tersangat kuat dan mereka menang perlawanan pertama.

Orange Esports sekali lagi menunjukkan mereka masih boleh mengekalkan momentum mereka. LinkEzaa menggunakan signature hero beliau, Alucard di perlawanan kedua dan memberikan mereka kemenangan bersih 2-0.

YVE yang digunakan Mannn berjaya mendapat damage yang tertinggi sebanyak 69 ribu di perlawanan kedua. Orange Esports akan bertemu Todak pada minggu hadapan dan ianya satu perlawanan yang sangat dinantikan. Juara kumpulan A berlawan dengan juara kumpulan B, kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+