Overcooked! All You Can Eat diumumkan untuk PC, PS4, XB1, dan Switch

Pada tahun lepas, Team17 melancarkan Overcooked! All You Can Eat untuk PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series. Permainan tersebut kini telah diumumkan untuk PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Nintendo Switch. Ia akan dilancarkan untuk platform-platform tersebut pada 23 Mac tahun ini.

Overcooked! All You Can Eat menggabungkan semua kandungan Overcooked! dan Overcooked! 2. Satu penambahbaikkan besar yang diperkenalkan dalam koleksi ini ialah permainan pada resolusi 4K dan kadar bingkai 60FPS di platform yang menyokong tetapan tersebut.

Secara keseluruhannya, Overcooked! All You Can Eat mengandungi lebih daripada 200 level dan 80 tukang masak untuk dipilih. Mod multi-pemain rentas platform juga akan dilancarkan pada masa depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+