Pelakon, Zarina terkejut anak beli game sampai RM10,000

Ibu mana yang tidak terkejut apabila lebih RM10,000 dibelanjakan anak untuk permainan video. Itulah yang dirasai pelakon, Zarina Zainuddin apabila anak bongsunya Adam, 15 tahun membeli tiga permainan video dalam talian menggunakan duit simpanan untuk pendidikan pada masa depan,

Dalam satu temubual bersama Harian Metro, Zarina berkata dia memang memberi kad bank untuk memudahkan anaknya membeli data internet dan makanan dalam talian tapi tidak menyangka anaknya akan membeli permainan video menggunakan duit simpanan yang dikumpul di dalam akaun peribadinya. 

Anak Zarina  dikatakan membeli tiga permainan video yang berharga sekitar RM3,000 hingga RM5,000 dan anaknya juga mengakui kesilapan dan kesal atas tindakannya.

Zarina sebelum ini memuatnaik satu video mengenai hal ini dan kemudiannya memadamnya selepas dikecam netizen. Beliau menyatakan tujuannya memuatnaik video tersebut bukanlah untuk mengaibkan anaknya, sebaliknya untuk menjadikan perkara  yang berlaku pada anaknya sebagai teladan orang ramai buat ibu bapa supaya cakna perihal anak-anak mereka.

“Saya sudah memadam hantaran itu dan saya beritahu Adam yang saya nak dia menghargai apa yang saya lakukan untuknya selama ini. Sebagai ibu saya sangat terkesan dengan benda ini tapi orang luar tak faham perasaan saya. Mereka ingat saya muat naik video untuk tujuan nak malukan dia.”

Zarina juga berkata, dia sangat tegas dengan anak-anaknya dan jika mereka lakukan kesalahan, mereka kena mengaku dan menanggung kesan-kesannya. 

Sumber rujukan: Harian Metro

RELATED NEWS

+