Perisian anti-penipuan peringkat kernel oleh Activision sebagai penyelesaian isu penipuan di dalam permainan Call of Duty: Warzone mereka, akan dilancarkan secara rasmi esok, 9 Disember.
Ia akan dilancarkan secara eksklusif untuk server Asia Pasifik (APAC) bersama kemaskini Call of Duty: Pacific serta peta terbaru, Caldera.
An update from #TeamRICOCHET on our progress fighting against unfair play.
Learn more: https://t.co/1YJD3sH0pk pic.twitter.com/aSeYbmjAUu
— Call of Duty (@CallofDuty) December 7, 2021
Bermula esok, perisian RICOCHET akan dipasang secara automatik buat pemain di Asia Pasifik. Perisian ini juga akan dilancarkan di dalam permainan dan ia hanya aktif ketika anda di dalam permainan sahaja.
Buat masa ini, RICOCHET hanya dilancarkan untuk pengguna PC sahaja. Tetapi, pengguna konsol yang bermain menentang pemain silang main daripada PC akan merasai kelebihan yang sama.
Sumber: Dot Esports