Pemain Fallout 76 Ini Bermain Lebih 900 Jam & Kena Ban Sebab Terlalu Banyak Ammo

Bayangkan meletakkan komitmen beratus jam ke dalam game yang korang minat dan kemudian kena ban sebab mempunyai terlalu banyak ammo.

Itu yang terjadi kepada seorang pemain Fallout 76 yang meluangkan masa lebih 900jam di West Virginia yang sudah musnah.

Pengguna Reddit, Glorf12 membuat posting di Fallout 76 subreddit untuk menerangkan situasi itu. Selepas menggunakan kad perk Bandolier, yang mengurangkan berat ammo sebanyak 90%, beliau kemudiannya mengambil seberapa banyak ammo yang mungkin dan mula melakukan trading antara akaun utama dan kedua.

“Mengikut jangka masa saya bermain permainan ini, begitu banyak ammo saya dapat,”

Jumlah ammo yang diperoleh itu malangnya menjadi sebab Bethesda pilih untuk ban. Di dalam emel itu, Khidmat Pelanggan Bethesda mengatakan pemain ini melanggar peraturan dan kedua akaun ini akan di’ban’ sehingga patch seterusnya. 

Secara realistiknya, pemain ini tak pernah melanggar peraturan dan beliau sentiasa trade ammo ke akaun lain dengan cara yang betul tanpa mengekalkan begitu banyak ammo sehingga lebih jumlah yang ditetapkan. Sama ada Bethesda sendiri tersilap pandang atau mereka sengaja, ia masih menjadi tanda soal. Nasib baik tak kena ban for life!

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+