Penipu Dalam Fallout 76 Perlu Tulis Esei Untuk Dapatkan Balik Akaun Mereka

Padah menggunakan perisian third party, termasuk mod dan program yang menipu, pemain Fallout 76 dah pun kena ban. Tapi yang kelakarnya, mereka perlu menulis karangan panjang untuk mendapatkan akaun kembali. 

Seorang Youtuber, JuiceHead melaporkan yang ramai pemain menerima emel dari customer support Bethesda mengatakan mereka kena ban. Sebab itulah, Bethesda menutup akaun mereka.

Tapi ada pengguna yang mempersoalkan yang ban ini adalah tak masuk akal – yang Bethesda menuduh mereka gunakan third party programme dalam Fallout 76.

Ia dikaitkan dengan perisian popular seperti Cheat Engine dan Reshade – membolehkan pemain menyunting visual dan duplicate items.

Tapi yang menarik adalah pada pengakhiran emel.

“Kalau anda nak mendapatkan balik akaun, kami akan menerima esei bagi “Mengapa penggunaan perisian penipuan adalah membahayakan untuk komuniti online game,” untuk pihak kami mengkaji semula,” tulis emel itu.

Ini adalah cara pelik untuk bagi pemain peluang betulkan keadaan tapi Bethesda memang dikenali dengan ‘perangai’ macam ni dulu. 

Sementara itu, pemain lain tetap tidak puas hati dan terus memperjuangkan hak mereka kerana ‘tuduhan’ dari Bethesda ini.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+