Pembangun permainan video indie berbakat Fahmitsu meninggal dunia

Fahmitsu atau Mohammad Fahmi adalah individu yang dikenali dalam industri permainan video indie di Asia Tenggara kini meninggal ketika berusia 31 tahun.

Keluarga Fahmi juga ada membuat pengumuman ini di laman Twitter Fahmi.

Fahmi sangat dikenali ramai dalam industri permainan video indie bukan sahaja di Asia Tenggara malah peringkat global.

Arwah bekerja sebagai pembangun permainan video, pereka penceritaan, penulis dan konsultan untuk permainan video.

Coffee Talk

Coffee Talk juga menjadi karya terhebat Fahmi dengan penceritaan yang sangat menarik dan dialog yang menyentuh hati.

Dia adalah pekerja untuk Pikselnesia dan bekas bekerja togeproductions, TechinAsiaIndonesia dan Gameloft Indo.

Freya, Vivi, and Rama

Beliau juga dikenali ramai sebagai pembangun permainan video indie yang disukai ramai seperti What Comes After dan terbaru sekali Afterlove EP.

Freya, Vivi, and Rama

“Fahmi adalah seorang pembangun yang sangat berbakat dengan penilisan terbaik serta menjadikan kehidupan harian sangat menarik untuk permainan videonya.

“Dia juga sangat mesra dan disukai ramai terutamanya dari komuniti permainan video indie. Kehilangan ini sangat dirasai. Moga rehat disana kawan,” dari Danial Robson Ketua Editor IGN Jepun.

Nyata satu kehilangan yang besar untuk industri permainan video indie. Bakat dan kelebihan Fahmi pasti diingati ramai menerusi permainan videonya.

Punca kematian arwah dikatakan dari masalah asma yang dialami sejak dulu. Semoga arwah Fahmi dicucuri rahmat dan diberkati.

RELATED NEWS

+