Final Fantasy 7 Remake akhirnya akan dipindahkan ke PC. Ia juga dapat dilihat bahawa permainan ini ekslusif kepada Epic Games Store, sama seperti Kingdom Hearts."> Final Fantasy 7 Remake akhirnya akan dipindahkan ke PC. Ia juga dapat dilihat bahawa permainan ini ekslusif kepada Epic Games Store, sama seperti Kingdom Hearts." /> Final Fantasy 7 Remake akhirnya akan dipindahkan ke PC. Ia juga dapat dilihat bahawa permainan ini ekslusif kepada Epic Games Store, sama seperti Kingdom Hearts." />

Peminat mengamuk harga Final Fantasy VII Remake versi PC, Epic Games sorokkan harga buat masa ini

Salah satu pendedahan terbesar di The Game Awards 2021 ialah Final Fantasy 7 Remake akhirnya akan dipindahkan ke PC. Ia juga dapat dilihat bahawa permainan ini ekslusif kepada Epic Games Store, sama seperti Kingdom Hearts.

Dengan perasaan teruja, ramai pemain pantas untuk membuka Epic Games Store untuk menempah awal permainan itu, tetapi apabila melihat harganya AS$70 (RM294.84), ramai membatalkan niat itu.

Lantaran dari pada tindak balas pemain, Epic Games menyembunyikan harga untuk Final Fantasy 7 Remake di Epic Games Store buat masa ini.

Antara punca pemain ‘mengamuk’ dengan harga ini kerana harga permainan yang betapa mahalnya berbanding dengan pemainan gred-AAA lain yang dilancarkan di PC. Tambahan pula, permainan ini sudah berusia dua tahun dan tiada peningkatan lanjut yang diperkenalkan selepas Intergrade dilancarkan.

Jadi, punca pemain dan peminat tidak berpuas hati agak wajar jika dilihat dari perspektif pembeli yang pernah membeli permainan itu di konsol. Malah, AS$70 untuk sebuah permainan berusia dua tahun agak mengarut.

Ia tidak jelas mengapa Epic menyembunyikan harga daripada halamannya pada masa ini. Ada kemungkinan bahawa ia sedang mempertimbangkan semula harga untuk Final Fantasy 7 Remake selepas tindak balas, tetapi itu nampaknya tidak mengambil kira bagaimana permainan Square Enix sebelumnya diberi harga.

Namun, Epic tidak menyembunyikan harga untuk Forspoken, sebuah permainan Square Enix, yang masih berada pada AS$70.

Walaupun pemain kurang gusar dengan harga Forspoken memandangkan ia adalah sebuah judul baharu, ia menghadapi tahap tindak balas yang sama.

Hakikat bahawa harga kekal pada halaman permainan menunjukkan bahawa tanda harga AS$70 tidak akan berubah untuk judul yang lebih baru, walaupun tindakan Epic Games Store memberi implikasi harganya akan berubah.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+