Pengarah Kreatif Uncharted: The Lost Legacy, Shaun Escayg Tinggalkan Naughty Dog, Mungkin Sertai Crystal Dynamics

Kalau penulis sebut Last of Us, Uncharted dan Crash Bandicoot, mesti korang kenal developer game hebat ni kan? Bayangkan bekerja di sebuah syarikat pembangunan game yang hebat, pastinya jadi impian semua orang.

Tapi bagi Pengarah Kreatif Naughty Dog, Shaun Escayg, sudah masanya untuk cuba sesuatu yang baru selepas 7 tahun bersama syarikat itu. Beliau yang juga mengusahakan projek Uncharted: The Lost Legacy mengumumkan hal itu di Twitter miliknya.

Bagaimanapun, beliau belum memberitahu di mana syarikat tempat beliau bekerja seterusnya tapi ada high possibility beliau akan menyertai Crystal Dynamics yang sedang membangunkan game Avengers.

 

?to new Adventures- ?bring it 2018!?

A post shared by Shaun Escayg (@shaun_escayg) on

Sudah semestinya, Team MyGameOn berharap beliau akan terus menabur bakti dalam industri pembangunan game walaupun sudah tak bersama Naughty Dog. Selamat maju jaya Shaun!

RELATED NEWS

+