Penggambaran Filem Uncharted Ditunda Kerana COVID-19

Percaya atau tidak, filem adaptasi permainan video Uncharted sudah lebih daripada 10 tahun dibualkan dan telah menukar pengarah sebanyak lima kali. Nampaknya keadaanya akan kekal malang begitu.

Penggambaran untuk filem Uncharted sepatutnya bermula pada bulan depan di Berlin tetapi pandemik COVID-19 memaksa pihak atasan untuk menangguh proses penggambaran.

Pada waktu ini, tiada pengumuman baharu tentang pengubahan tarikh pelancaran filem ini iaitu 5 Mac 2021. Kemungkinan besar pelancaran tersebut akan ditangguh kerana situasi COVID-19 masih belum terkawal di Amerika Syarikat dan banyak negara lain termasuk Malaysia.

Filem Uncharted akan dibintangi oleh Tom Holland, Mark Wahlberg, dan Antonio Banderas. Pengarah filem ini ialah Ruben Fleischer yang sebelum ini mengarahkan filem Venom (2018). Filem ini diadaptasi daripada siri permainan video Uncharted yang dilancarkan untuk PlayStation 3 (PS3) dan PlayStation 4 (PS4) dan dibangunkan oleh Naughty Dog.

Adakah ini bermakna filem tersebut mungkin dibatalkan? Penulis rasa PlayStation Productions and Sony Pictures akan terus mencuba untuk menghasilkan filem ini. Mereka telah berusaha lebih daripada satu dekad, penangguhan beberapa bulan semestinya buka isu besar.

Sumber: Variety

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+