Perjalanan penuh liku buat atlet wanita Dota 2 negara dapatkan pingat emas

PERJALANAN PENUH LIKU DAN CABARAN.

Itulah yang dihadapi oleh atlet-atlet wanita Dota 2 negara yang meraih pingat emas di kejohanan Global Esports Games (GEG) berlangsung di Riyadh, Saudi selepas menewaskan Peru di grand final.

Pengurus pasukan, Tiffani Lim atau BabyOling mengatakan pihak lawan mereka (Peru) adalah pemain e-sukan sepenuh masa yang ditaja oleh organisasi e-sukan Infamous.

“Kami hanya berkumpul untuk bermain kejohanan ini dan ramai yang ambil cuti dari majikan untuk main pusingan kelayakan.

“Mereka berkorban masa untuk kejohanan ini dan tiada dijanjikan kemenangan yang pasti atau wang ringgit, di minda mereka hanyalah untuk mengharumkan nama negara,” katanya dalam satu catatan IG Story semalam.

Tiffani berkata, mereka terpaksa mengambil khidmat kawan baik, iaitu Winter untuk melatih dan pakar psikologi, Sin Eu untuk sesi terapi kerana tidak mampu.

“Adakah sesiapa di Malaysia akan menaja atlet-atlet wanita ini?

“Selepas mereka membanggakan negara, mereka akan kembali melakukan kerja sepenuh masa. Bila akan tiba satu saat kita akan ‘membayar’ atlet e-sukan wanita? atau menjadikan ia sebagai satu karier stabil?,” keluh Tiffani.

Foto: Joel Goh / Facebook

RELATED NEWS

+